Sunday, June 30, 2013

SENDA GURAU DAN PERMAINAN

dah lama dah paksu terbaca dalam alquran tentang kehidupan dunia ini bak senda gurau dan permainan. diantaranya dlm ayat2 berikut:

وَمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. al-ankabut:64

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. maka tidakkah kamu memahaminya?  al-an'am:32

إِنَّمَا الحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ
sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu. muhammad:36 

apa yg dimaksudkan dgn senda gurau dan mainan nih?
kalau mengikut tafsir ibnu katsir - allah berfirman mengkhabarkan tentang kerendahan dunia serta ia akan hilang dan lenyap. bahawa dunia ini tidak kekal dan ujungnya adalah senda gurau dan permainan. bahawa akhirat jualah sebenar2 kehidupan i.e. kehidupan kekal yg hakiki yg tidak akan hilang dan tidak habis, bahkan dia akan terus berlansung selama2nya.

tapi kita sibuk betui dgn dunia. dah masuk waktu solat - masa tu la kita nak makan, nak pi makan kenduri, nak kena attend function, dok tengah shopping kat tesco or any pasaraya, dok tengah main game, etc. etc. tapi dgn pengurusan waktu yg baik, waktu untuk solat boleh di prioritize kan.

nikmat dunia telah allah ciptakan kat kita cuma 1% saja. itu pun kita dah berasa syok dah (syukur alhamdulillah) dan yg 99% lagi di simpan. dah pasti la yg baik2 tu tentu ada di akhirat - yg kekal abadi. 

kata ustaz: hambat dunia banyak, akhirat dapat sikit. hambat akhirat banyak, dunia dapat, akhirat pun dapat banyak. kalau dia tak bagi dunia banyak pun tak pa. sebab kata ustaz lagi, kalau boleh makan nasi lemak dua bungkus sehari pun di kategorise dah kaya.

wallahu-a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...