Friday, November 30, 2012

SIFAT SYURGA

S yurga disebut beratus kali dalam al-quran. dan memang tak dapat nak imagine sifat dan nikmat syurga sebenarnya.
 
bagi paksu la, tiap kali disebut syurga, paksu hanya boleh bayangkan (sedaya kreativiti bayangan otak paksu) sungai2 yg mengalir di bawahnya, (sungai dari susu, dari arak [tak mabuk], dari madu), buah-buahan didalamnya, piala2 minuman perak, dan isteri2 /bidadari2 yg suci dengan mata yg jeli lagi, permata, mutiara, pakaian sutera hijau, (tempatnya /istananya masih kabur2 lagi - yg luas terindah spt kita dok tengok dalam filem2 fantasi sejak tahun 50'an, 60'an, 70'an, kuai dok perelok hinggalah keabad nih dgn lantai kaca see-tru air/sungai mengalir dibawahnya - masih tak pandai nak imagine keindahannya) yg pasti ianya tentu indah. pasti lebih indah dari the world's top palaces, top six/seven-star hotels - seperti burj di dubai, di milan, di switz, di macau dan soon the latest apeiron di dubai.
 
bagi julia (yg dah berumur 3thn+) syurga baginya penuh dgn buah strawberry (buah favourite dia), buah anggur, jus apple (jus favourite tokwan dia) - setakat tu saja yg dia boleh imagine.
 
bagi kawan arkitek paksu (yg berpotensi sgt kreatif) - rumahnya besar kawasan luas, garden dan interior design yg sungguh cantik - dan semua itu 'is already heaven to him'. bagitu juga dua orang kawan paksu di ampang dan di damansara heights, yg akui rumah mereka yg tersergam indah (dgn swimming pool lagi) 'is already heaven to them'.
 
malah yg kafir pun allah berikan lebih2 lagi syurga dunia kpd mereka, tapi tanpa hidayah. syurga yg disebut dalam bible mereka dilukis tak seindah tera mana sangat.

jawapannya, tak payah la kita dok imagine banyak2 sangat, sebab baru2 ni, paksu terbaca sebuah hadis qudsi, drpd abu hurairah r.a. sesungguhnya rasulullah saw bersabda, berfirman allah: 

maksudnya: aku sediakan untuk hambaku yg soleh (nikmat) yg tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia. diriwayat oleh imam al-bukhari, imam muslim, imam al-tarmizi dan ibn majah.
 
memang terhad imaginasi syurga di atas dunia nih, kerana allah tak kurnia daya imaginasi yg lebih2 kat kita, yg kita dapat cuma 1/99. nikmat yg lebih2 tuh dia simpan, dan kepada dia jua kita akan kembali.

wallahu-a'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...