Saturday, October 20, 2012

36.3636 RINGGIT SEBULAN X 11 = KORBAN

M ai buat korban .. bukan banyak sangat pun !! satu tumpok, tak sampai 50 ringgit /bulan. qeta rosak boleh bayaq sekali guih pun. tukaq taya 2 bijik boleh pay cash. langgan paper tiap bulan boleh!? (tu pun mamak dok sungut ada kaki tak bayaq hutang paper dia).
 
dah ramai dah ustaz dok ceramah, "mustahil org dok makan gaji tak boleh buat korban". kalau buat tabungan tiap bulan. cukup sebelas bulan beli sebahgian. sungguhpun sunat muakad - buat dpt pahala, janji ikhlas kerna allah. insyaallah diberkahi allah.
 
firman allah:  supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. - al-haj:28

sabda rasulullah saw: tidak ada satu amalan anak adam di hari-hari nahar yang paling allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. [riwayat al-hakim, ibnu majah dan at-tirmizi ]
 
menjelang raya korban, elok kita recap beberapa bab:
  • kelebihan 10 hari awal zulhijjah - sabda rasulullah saw: tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi allah selain daripada hari-hari yang 10 ini. para sahabat bertanya: walaupun berjihad di jalan  allah? rasulullah bersabda: walaupun berjihad di jalan allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid). [riwayat at-tirmizi]
  • 5 malam do'a mustajab -
    • malam jumaat
    • malam 1 rejab
    • malam nisfu syaaban
    • malam raya puasa/ 'idilfitri
    • malam raya korban/ 'idiladha
  • puasa sunat
    • 9 zulhijjah - hari arafah
    • 10 muharam
    • isnin khamis
    • 13+14+15hb tgh bulan
wallahu-a'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...