Monday, July 24, 2006

MANA MAI DULU ... 35-20-34


kalau tengok title di atas macam cutting orang pompuan. macam miss universe di sebelah nih ... miss puerto rico yg baru di crown lima jam sat-sat. tapi, bukan pasai tu yang paksu nak cerita nih. nih ... pasai nombor giliran.

last week, paksu decide dengan maksu pi buat medical check-up dekat gh. selalunya kalau buat medical check-up paksu maksu kerapnya buat kat penal doktor. tapi kali ni saja paksu nak try kat gh (seperti arahan surat tabung haji suruh buat check-up dan injection di sana). cuba2 laa kan .. sikit hari paksu pun nak pencen cuba2 la jinak2 belajar que di hospital kerajaan maa!

dulu nina pernah buat check-up kat klinik swasta ... setengah jam siap complete dengan x-ray sekali. kali nih paksu nak try juga tunggu2 que nak kan yang percuma! "kalau start pukul 10 pagi tak kan kut tak siap pukul 1?" itu yang paksu dok ingat.

10.00 : maksu turun dulu ambik nombor. maksu nombor 34, paksu 35 (nombor di selit kat buku pemeriksaan tabung haji harga 3 ringgit satu)
10.15 : paksu masuk kemudian lepas dapat parking kereta *tu pun letak kat tempat no-parking .. hehehe*
10.25 : maksu paksu timbang berat badan dan ukur tinggi. [waduhhh ... semuanya lebih .. pasai berat badan paksu tak mau komplain .. tapi pasai tinggi .. adaka menasabah tinggi paksu 190cm. 20cm lebih oooi.]
10.45 : tunggu. tanya2 lepas nih nak buat apa kerna buku nurse bagi balik. jadi serah buku balik kat nurse sorang lagi.
11.05 : maksu kemudian paksu ambik reading blood pressure. ditanya blood type. tanya apa2 sickness
11.10 : ambik sample air kencing
11.25 : ambik sample darah *cucuk jari manis kanan*
11.45 : tunggu ... beli mineral water minum ... sembang2 dengan bakal2 haji stand-by yg lain
11.55 : siap. buku pulang kat nurse. dan tunggu
12.05 : nurse panggil tanya2 lagi. "ada hernia dak?" *dia punya soalan popular kat bakal2 haji lelaki kut*
12.25 : jumpa doktor. bagi tau medication & treatment di lam wah ee. dia chek dada, ketuk perut *bunyi kembung mineral water*
12.35 : nurse inject meningitis. siap .. serah buku.

tapi maksu tak siap lagi. dok kena tunggu lagi giliran kat doktor yang satu lagi. (ada dua orang doktor pompuan bertugas). bakal haji giliran no. 16 dan no. 20 masih tunggu juga belum siap2 lagi. depa mai pukul 9 lagi.

maksu selesai pukul 2 lebih.

memang begitu kerenah giliran bila dealing dengan orang yang ramai. semua sistem tersekat2. giliran dah berkecamuk .. macam hari ni 35-20-34. yang awai tak semestinya dapat treatment awai. lain la kalau pi ke klinik swasta yang kena bayar duit. biasanya semua smooth. tak teruk2 tunggu.

wallahu'alam.

Saturday, July 15, 2006

STORY DARI UK

baru2 ni paksu dapat story dari mama faiz [faridah aryani] -lebih raksi dan paksu lebih suka panggil 'pidah' (nih ... gambaq di sebelah ni). masa tu dia ada di york, uk selama seminggu, tengah dok complete dia punya doctorate. anak2 duk mengaji mama & abah pun duk sambung mengaji lagi dech. kata pepatah tuntutlah ilmu sampai bila2 ... tak rugi kan? [paksu dah tuntut ilmu sampai ke negeri cina] :)

pidah di york, uk



jadi .... tinggai lah depa empat beranak di ttdi. tapi masa kecik2 depa semua dah pernah duduk kat uk, jadi depa tak kisah sangat kena tinggai mama depa buat beberapa hari tuh. so abah depa kenalah bawa makan angin ke kl tower .... seperti dalam foto ni.
faris, maisarah & daddy (mansor), and farhan [inset]

Monday, July 10, 2006

GAMBAQ 2 BERADIK

finally dapat repair foto2 dua beradik yg terdelete tuh. nih dia gambaq depa masa pi cuti2 makan angin april lalu.

nina & lili


p/s: gambaq terbaru nikman dan hakim belum ada ... tengok saja yg lama dibawah ni.

ben hakim dan nikman masa raya dulu2

don't forget ya !!


paksu dah dapat link dari cucu ponakan dari jauh di seberang laut. dia belajar di russia, klo tak salah paksu dia belajar nak jadi doktor. semoga dia berjaya dan happy2 di sana. so ... jangan lupa jengok2 le ke blog faiz najmi. anak sulung faridah aryani & mansor. dapat juga kita dengar cerita dia dari sana .. bukak jangan tak bukak !! buka tengok blog dia, interesting lho .... so that we all can keep in touch.

nih ..... gambaq faiz masa dia cuti2 di vienna, austria.

Monday, July 03, 2006

FOTOPAGES


sebenarnya foto di sebelah nih diambil oleh lili masa dia makan angin dulu. gambar2 dia dengan nina makan angin dulu dah pun terdelete masa buat posting nih. jadi need some time to repair lah.

paksu dapat email dari hirda. dia ada fotopages dia sendiri. maybe dia boleh share foto dia disini. once dapat green light dari hirda, mungkin paksu akan buat link dan post di blog ni.

kepada yang lain2 tuh ..... jangan lupa respond/ buka2 mulut mai kat paksu. boleh kita cerita/ or heboh2 pasai family kita nih.

till next time.

p/s:
fotopage hirda cukup menarik. tak caya buka tengok. banyak sungguh foto dia. tanx hirda.

sempena bertambah sorang lagi cucu paktam ibrahim, ZULHAIMY namanya ... paksu ucapkan welcome to the familyblog. zulhaimy or haimy dilahir pada 23-june-2006 anak ke-3 kepada nurhelly & zairin. fotonya di bawah nih ....


zulhaimy (bdate 23-6-2006) bersama abang sulungnya zulhaziq